[VIDEO] Budak 12 tahun jatuh bangunan

Iklan
Anggota bomba membantu seorang kanak-kanak perempuan yang cedera di kepala akibat terjatuh dari bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu.

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan cedera di kepala selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan berdekatan sebuah hotel di Langkawi, pada Rabu.

Ketua Bomba Zon Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Fadzullah Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang berusia 12 tahun itu telah diberi rawatan awal sebelum dibawa ke Hospital Langkawi.

Iklan
Iklan

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 8.23 pagi dan komander operasi memaklumkan kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan.

"Anggota bomba yang melakukan operasi memberi rawatan awal kepada kanak-kanak perempuan tersebut,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Iklan

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Langkawi dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan operasi tamat sepenuhya pada jam 9.10 pagi.

Iklan