Greenwood disiasat tuduhan serangan seksual, ancaman bunuh

Iklan
Mason Greenwood

PENYERANG Manchester United, Mason Greenwood sekali lagi ditahan polis selepas disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan bunuh kepada seorang wanita.

Pemain berusia 20 tahun itu sebelum ini ditahan pada Ahad oleh Polis Greater Manchester selepas menyedari imej dan video yang dimuat naik seorang wanita melaporkan mengenai keganasan fizikal.

Iklan
Iklan

"Detektif telah diberikan masa tambahan untuk bercakap dengan seorang lelaki berusia 20-an yang ditahan kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita.

"Dia akan terus disoal siasat selepas majistret memberi kuasa lanjutan sehingga esok (Rabu 2 Februari).

Iklan

"Setakat ini, dia telah ditahan bagi tindakan selanjutnya selepas disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan untuk membunuh," kata Polis Greater Manchester dalam satu kenyataan.

Terdahulu, United dalam satu kenyataan menggantung Greenwood dengan pemain itu tidak akan kembali berlatih atau bermain untuk The Red Devils sehingga diberitahu kelak.

Iklan

Malah, syarikat gergasi pakaian sukan, Nike turut menangguhkan hubungan mereka dengan Greenwood atas alasan sangat bimbang dengan dakwaan yang mengganggu pemain kelahiran England itu.