DNA Juventus menjadikan Turin pilihan mudah: Vlahovic

Iklan
Vlahovic diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus dalam satu sidang media di Turin, Itali.

PEMAIN baharu Juventus, Dusan Vlahovic menyatakan, mentaliti kelab tersebut yang tidak mahu mengalah mendorong dirinya membuat keputusan untuk ke Turin sekali gus menolak tawaran daripada pasukan lain.

Pemain berusia 22 tahun itu berpindah dari Fiorentina ke Juventus dengan perjanjian bernilai sehingga €80 juta (RM377.58 juta) dan merupakan nilai perpindahan terbesar bagi Januari 2022.

Iklan
Iklan

"Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab luar namun keputusan untuk ke Juventus sangat mudah dilakukan. DNA Juventus yang akan terus berjuang dan tidak mahu menyerah merupakan sebahagian daripada mentaliti ada pada saya ketika ini," katanya.

Pemain kelahiran Serbia itu akan menyarung jersi nombor tujuh yang ditinggalkan kosong selepas perpindahan Cristiano Ronaldo ke Manchester United pada tahun lalu.

Iklan

"Setiap baju di Juventus dari nombor satu hingga 100 mempunyai tanggungjawab. Saya di sini (Juventus) untuk membantu rakan sepasukan serta menyediakan diri sekiranya diperlukan jurulatih.

"Nombor pada baju itu tidak penting tetapi bagaimana kami beraksi di atas padang," katanya.

Iklan

Tambah Vlahovic, dia berharap rakan sepasukan membantunya memberi persembahan yang terbaik untuk Juventus.

"Saya tidak fikir, ada pemain di dunia ini yang boleh menyelesaikan perlawanan dengan sendiri.

"Hanya dengan bersama, kita boleh menang dan mengatasi semua detik sukar," katanya.