'Terpaksa beli air di kedai'

Iklan
Fazilah ketika ditemui di perhimpunan berkenaan.

YAN - Ketiadaan bekalan air yang berlaku sejak beberapa tahun dahulu merunsingkan penduduk Kampung Singkir Laut sehingga menyebabkan mereka mengadakan perhimpunan secara aman, semalam.

Fazilah Norrdin, 57, berkata, masalah ini berlarutan sudah terlalu lama sehingga menyebabkan mereka hilang sabar.

Iklan
Iklan

Katanya, ketika pemerintahan BN bekalan air juga tidak mencukupi tetapi tidak seteruk kali ini.

"Dulu kalau ayaq (air) tak ada pada waktu siang, pukul 2, 3 pagi ayaq akan mai dan boleh la kami tadah untuk kegunaan keesokkan hari," katanya.

Iklan

Fazilah berkata, sejak pemerintahan kerajaan baharu, bekalan air langsung tidak ada menyebabkan mereka terpaksa mengambil air dari bukit.

"Mujurlah rumah saya dekat dengan bukit, boleh la pi ambil ayaq kat sana, tapi lawan-kawan yang duk jauh dari bukit,kesian depa.

Iklan

"Kadang kami ni nak menjerit kuat-kuat habaq dekat orang kami ni ada masalah ayaq tapi tak tau dah nak meluah," katanya.

Katanya, jika bekalan air yang diambil dari bukit habis, dia sekeluarga terpaksa membeli air di kedai.

"Gunalah ayaq dalam botol tu nak buat macam mana, dan ada juga hari kami tak mandi sebab sayang ayaq nak guna benda lain yang lagi penting seperti berwuduk," katanya.

Fazilah berkata, dia sangat berharap kerajaan dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah ini.