Yang Yang kebanggaan orang asli

Iklan
Rakan-rakan Yang Yang turut bangga dengan pencapaian anak orang asli ini.

GUA MUSANG - Siapa sangka, anak orang asli dari Kampung Kuala Wook, di sini, menjadi kebanggaan apabila muncul sebagai pelajar cemerlang menerusi ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Yang Yang, anak kebanggaan kepada Yong Sam Khoon dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara ini memperoleh keputusan 5A sekali gus menjadi pelajar orang asli pertama yang mencapai keputusan setinggi itu di sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut Yang Yang, kesempitan hidup keluarga menjadi pendorong kepadanya untuk berusaha mencapai kejayaan dalam bidang akademik.

Kata anak ketiga dari lapan beradik ini, dia bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar bagi mengubah nasib keluarga sekali gus keluar dari kepompong kemiskinan.

Iklan

"Rumah saya jauh di pedalaman, lebih kurang 30 kilometer untuk ke sekolah. Saya tinggal di asrama dan hanya pulang ke kampung sebulan sekali sahaja.

"Kami berdepan masalah kewangan malah, saya hanya mempunyai duit poket RM20 sahaja untuk sebulan di sekolah.

Iklan

"Ibu saya, Rosina Hamid, 46, tidak bekerja manakala bapa pula sakit tua dan kini berusia 72 tahun. Saya mahu mengubah nasib keluarga, saya sedih melihat ibu bapa membesarkan kami dalam serba kekurangan," katanya.

Tambah Yang Yang, dia berhasrat untuk melanjutkan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan seterusnya berkhidmat untuk masyarakat orang asli.

Yang Yang menunjukkan keputusan cemerlang SPM yang diperolehi baru-baru ini.