Aliran trafik di lebuh raya utama bergerak perlahan petang ini

Iklan
Aliran trafik kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah Slim River ke Sungkai didapati bergerak perlahan pada petang Rabu. - Foto Twitter PLUS

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama perlahan pada petang ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, aliran trafik dari utara dilapor perlahan bermula dari Sungai Petani, Kedah ke Bertam, Pulau Pinang dan Juru ke Bukit Tambun.

Iklan
Iklan

"Keadaan trafik turut dilapor perlahan dari Bidor ke Sungkai, Tambun ke Gua Tempurung, dan Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban,” katanya.

Selain itu, aliran trafik juga didapati perlahan dari selatan melibatkan Yong Peng ke Pagoh, Bukit Gambir ke Tangkak dan Ayer Keroh menuju Port Dickson berikutan aliran trafik yang meningkat.

Kenderaan juga didapati bergerak perlahan dari arah kawasan Rehat dan Rawat Jejantas Ayer Keroh arah utara menghala ke Hentian Sebelah Pedas Linggi arah Utara, Lebuh Raya Utara-Selatan pada petang Rabu. - Foto Twitter PLUS

Iklan

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan Hentian Sebelah Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini.

Iklan

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama