KAJANG - Seramai empat individu termasuk dua wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan dan pecah premis perniagaan, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kesemua individu berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan secara berasingan di Taman Kasturi Cheras dan Persiaran Tasik Kesuma Beranang.