Shivan tekad rebut tempat dalam Harimau Muda

Iklan
Pemain bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun, Shivan Pillay ketika ditemubual media sebelum menyertai latihan pasukan bola sepak tersebut di Kompleks Sukan PKNS, pada Rabu. - Foto Bernama

PERTAHANAN tengah Petaling Jaya (PJ) City FC, Shivan Pillay Asokan, tekad mahu rebut slot dalam skuad negara bagi menghadapi Piala AFF Bawah-23 di Phnom Penh, Kemboja yang akan bermula 14 Februari ini.

Menurut Shivan, dia tidak akan mensia-siakan peluang dipanggil semula ke skuad kebangsaan dan berazam untuk memberikan yang terbaik sekiranya diberi peluang oleh jurulatih, Brad Maloney menyarung jersi skuad kebangsaan.

Iklan
Iklan

"Selepas kali terakhir dapat national call-up dua tahun lepas. Jadi saya sangat gembira sebab dipanggil semula untuk menyertai kem latihan pusat.

"Saya tahu ia bukan perkara mudah kerana ada beberapa pemain yang hebat salah seorangnya adalah Tasnim (Fitri) dari Sarawak. Jadi saya perlu membuktikan kepada jurulatih kemampuan saya untuk dipilih dalam skuad terakhir yang akan bertanding di Kemboja nanti.

Iklan

"Sekiranya saya terpilih untuk menyarung jersi kebangsaan semula, saya akan memberikan aksi yang terbaik bagi membantu pasukan untuk layak sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir,” katanya ketika ditemui pada pemberita di Padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya pada Rabu.

Untuk rekod, Shivan merupakan pemain dalam skuad muda negara yang muncul juara Piala AFF Bawah 19 tahun 2018 kendalian jurulatih Bojan Hodak.

Iklan

Pemain berusia 21 tahun itu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 bagi menoktahkan buat pasukan negara mengatasi Myanmar 3-2.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai situasi semasa skuad B-23 ketika ini, Shivan memberitahu semuanya berada dalam keadaan yang baik dan harmoni.

"Saya nampak persefahaman dalam kalangan semua pemain. Kami makan sekali, malah ketika latihan, pemain berkomunikasi antara satu sama lain.

"Sebab saya rasa semua pemain yang dipanggil ini sudah matang memandangkan kesemua ini adalah pemain profesional yang bermain di Liga Super dan Premier,” katanya.