Misi pertama Artemis 1 NASA ke bulan ditangguhkan

Iklan
Lakaran artis menunjukkan Artemis I dilancarkan ke bulan. - Foto Twitter/NASA

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Misi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kembali ke bulan telah ditangguhkan sehingga musim bunga paling awal pada tahun ini, kata agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Pelancaran Artemis I, yang pada mulanya dijadualkan akhir 2021 tetapi kemudian ditangguhkan dua kali lagi kini akan berlaku paling awal pun pada April.

Iklan
Iklan

"Pasukan sedang menjalankan operasi selangkah demi selangkah untuk memastikan sistem bersepadu bersedia untuk melancarkan misi Artemis I dengan selamat.

NASA sedang mengkaji peluang pelancaran pada April dan Mei," kata NASA dalam satu kenyataan.

Iklan

Artemis I akan menjadi ujian penerbangan tanpa membawa kru tetapi akan menandakan permulaan sebenar program yang akhirnya dapat melihat wanita pertama dan individu kulit berwarna yang pertama menjejakkan kaki ke bulan.

Artemis I juga akan menjadi penerbangan pertama roket bagi Sistem Pelancaran Angkasa Lepas Besar-Besaran (SLS) yang akan membawa kapsul Orion ke bulan.

Iklan

Beberapa bulan yang lalu audit kerajaan menunjukkan bahawa Artemis I mungkin akan dilancarkan ke bulan pada musim panas 2022. - Agensi