Lokman Adam belum terima saman daripada KJ

Iklan
Lokman Noor Adam

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam memaklumkan beliau setakat ini masih tidak menerima sebarang tuntutan saman daripada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Menurut Lokman, beliau juga tidak menerima apa-apa dokumen atau tuntutan yang memintanya untuk memadam dakwaan yang dilakukannya sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Saya belum terima (tuntutan saman) apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Khairy telah memfailkan saman fitnah terhadap Lokman dan seorang penceramah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau Abu Syafiq di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari lalu.

Iklan

Difahamkan, saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy, antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.

Menurut laporan, Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.

Iklan

Dalam pada itu, Lokman berkata, memandangkan tiada sebarang dokumen yang diterima daripada pihak Khairy, beliau masih tidak mengetahui dengan jelas mengenai isu sebenar yang dibangkitkan dalam isu saman tersebut.

Pada masa sama, Lokman berkata, beliau bersedia untuk menjawab sebarang persoalan berbangkit sekiranya kes tersebut dibawa ke mahkamah.