Penyokong boleh ganti percuma jersi replika Greenwood

Iklan
Mason Greenwood - Foto Bernama

IBARAT jatuh ditimpa tangga, Mason Greenwood seakan semakin tenggelam apabila kelab gergasi Inggeris, Manchester United mengesahkan para penyokong The Red Devils kini boleh menukar jersi yang mempunyai nama pemain berusia 20 tahun itu secara percuma.

United sebelum ini mengeluarkan semua barangan berkaitan penyerang muda terbabit yang berdepan dakwaan rogol, serangan seksual dan ancaman membunuh dari laman sesawang kelab tersebut pada Isnin, susulan terdapat dalam kalangan penyokong pasukan itu yang berang mengembalikan jersi replika masing-masing ke kedai kelab di Old Trafford.

Iklan
Iklan

Jurucakap United berkata, penyokong boleh menukar jersi masing-masing kepada yang baharu dengan nama pemain lain di belakangnya.

Sebelum ini, Manchester United mengeluarkan kenyataan mengatakan Greenwood tidak akan bermain atau berlatih dengan pasukan sehingga ke satu tarikh yang dimaklumkan.

Iklan

Greenwood dibebaskan dengan ikat jamin selepas disoal siasat berhubung dakwaan merogol dan menyerang seorang wanita muda, kata polis pada Rabu

Berikutan perkembangan terkini itu, The Red Devils sekali lagi menegaskan pendirian mereka yang mengecam keras sebarang bentuk keganasan.

Iklan

"Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Mason Greenwood tidak akan berlatih atau bermain untuk kelab sehingga diberitahu kelak.”

Syarikat gergasi pakaian sukan Nike turut menangguhkan perjanjiannya dengan pemain tersebut manakala syarikat permainan video Electronic Arts memaklumkan pemain berkenaan telah dialih keluar daripada mod luar talian dalam FIFA 22.