KUALA LUMPUR - Bekas penyelidik di Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam hadir di Bukit Aman bagi memberi keterangan mengenai dua artikelnya berkaitan pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, pada Khamis.
Lalitha hadir kira-kira jam 2.25 petang sambil ditemani peguamnya, Manjeet Singh Dhillon.
Iklan
Iklan
"Saya menjawab kesemua 83 soalan diberikan dan pegawai yang merakam keterangan saya juga menguruskannya dengan sangat profesional.
"Keterangan saya berikan sebanyak 15 muka surat sebab itu ia mengambil masa agak lama," katanya dalam sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Manjeet Singh berkata, pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Pada 12 Januari lalu, Azam memfailkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Lalitha berhubung sebuah artikel yang diterbitkan di sebuah portal berita pada 26 Oktober 2021.