SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menjalinkan kerjasama lebih erat dengan Singapura khususnya dalam bidang pendidikan teknologi dan kreatif.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, persefahaman kerjasama dua hala itu dicapai hasil perbincangan menerusi kunjungan Menteri Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Masagos Zulkifli di Putrajaya pada Khamis.
Iklan
Iklan
"Selain bertukar pandangan dalam hal pembangunan sosial, turut disentuh rancangan untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada dalam pendidikan keusahawanan, teknologi digital dan teknologi kreatif yang boleh memberi faedah dua hala terutama kepada masyarakat di luar bandar.
"Masagos Zulkifli yang juga Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Hal Ehwal Ugama Islam Singapura mengharapkan sektor pelancongan kedua-dua negara kembali rancak.
"Ia adalah disebabkan Malaysia telah membuka sempadan antarabangsa bagi kemasukan pelancong asing terutamanya bagi industri eko dan agro pelancongan serta pelancongan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mahdzir berkata, Masagos akan berada di Malaysia dalam rangka lawatan kerja rasmi selama tiga hari bermula Khamis dan lawatan kerja rasmi ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia serta Singapura yang terjalin sejak 59 tahun yang lalu.