Suspek kes curi barang kemas dah kena cekup

Iklan
Perbuatan suspek berjaya dirakam CCTV sebelum melarikan barang kemas dalam kejadian pada 24 Januari lalu.

KULIM - Seorang lelaki yang disyaki mencuri barang kemas dalam dua kejadian di sini berjaya ditahan kira-kira jam 9 malam di hadapan sebuah kedai makan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, suspek berusia 44 tahun mengambil upah menghantar barang menggunakan lori milik sendiri, diburu polis setelah disyaki terlibat dalam dua kes kecurian di kedai emas di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, barang kemas tersebut telah digadaikan di beberapa kedai pajak gadai sekitar Kelang Lama, Kulim, Bukit Mertajam dan Seberang Jaya, Pulau Pinang dengan hasil gadaian berjumlah RM39,000.

"Motosikal yang digunakan dalam dua kes terbabit dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu selain pakaian dan telefon bimbit turut dirampas.

Iklan

"Suspek direman selama empat hari sehingga 5 Februari 2022," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, dalam kedua-dua kejadian, suspek dipercayai bertindak seorang diri.

Laporan Sinar Harian mengenai tindakan suspek melarikan rantai emas pada Ahad.

Iklan

Pada 24 Januari lalu, suspek dipercayai mencuri dua rantai tangan bernilai RM25,000 di kedai emas di Taman Serai Wangi 2 sebelum mengulangi jenayah sama pada 30 Januari lalu apabila melarikan seutas rantai leher bernilai RM20,000 dari kedai emas di Jalan Tunku Abidah.

Sazalee berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemilik kedai emas supaya sentiasa mengawasi tingkah laku pelanggan, mempertingkatkan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), mementingkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak membenarkan pelanggan memakai topi atau topi keledar serta memastikan pelanggan mendaftar masuk menggunakan aplikasi MySejahtera.