Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah

Iklan
Shahril Sufian Hamdan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti Bersatu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah Bersatu, bukannya UMNO.

"Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat.

Iklan

"Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) bermesyuarat pada 17 Ogos 2021 untuk memutuskan calon Perdana Menteri. Dengan restu dan persetujuan Presiden, Timbalan Presiden serta ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), UMNO dan BN hantar hanya satu nama calon iaitu Ismail Sabri.

"Tidak ada pertikaian, Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri kerana UMNO mencalonkan beliau sebagai satu-satunya calon PM,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut mengenai tuduhan UMNO ingin mencalonkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri sebelum ini, Shahril Sufian menyifatkan Wan Saiful kurang faham dengan semangat parti bermusyawarah sebelum membuat keputusan.

Katanya, tidak pernah sekali pun Presiden UMNO itu menuntut untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Jelas beliau, inilah realitinya semasa runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan dan ia terjadi semasa Perdana Menteri bertukar.

"Malah pada 16 Ogos 2021, Presiden UMNO mengeluarkan kenyataan tidak pernah terlintas untuk beliau menamakan diri sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai parti terbesar negara.

"Ini jelas sekali lagi bahawa UMNO memilih Perdana Menteri sebagai calon selepas mesyuarat memutuskan dengan sebulat suara.

"Ketiga, tuduhan kluster mahkamah menyebabkan PRN dijalankan. Ketua Penerangan Bersatu mungkin lupa bahawa parti tersebut mengugut untuk tarik sokongan, lagi-lagi apabila Presidennya sendiri mengugut untuk ‘tekan butang’ semasa PRN Melaka.

"Dalam kata-kata Tan Sri sendiri, ‘saya tekan butang sekarang, jatuh kerajaan Johor’. Bukan kerana kluster mahkamah PRN ini dijalankan, tetapi kerana keadaan rapuh di Johor yang antaranya disebabkan oleh Bersatu,” ujar beliau.