KUALA LUMPUR - Mesir dan Malaysia bersetuju mengenai kepentingan memajukan hubungan dua hala dan membuka peluang baharu untuk kerjasama di semua peringkat.
Perkara itu dipersetujui pada Rundingan Politik Dua Hala baru-baru ini antara kedua-dua negara yang diadakan di Kaherah pada 30 Januari lalu.
Iklan
Iklan
Input mesyuarat itu disediakan kepada Bernama oleh Kedutaan Mesir di Malaysia.
"Rundingan itu menyaksikan perbincangan menyeluruh antara Mesir dan Malaysia dalam semua bidang kerjasama di peringkat politik, pendidikan, budaya, ekonomi dan komersil, serta mengkaji pendirian kedua-dua negara dalam pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,” kata kedutaan itu.
Julung kali diadakan antara kedua-dua negara, Rundingan Dua Hala itu meneroka langkah-langkah penting dalam meningkatkan hubungan Kaherah-Kuala Lumpur.
Delegasi Mesir diketuai oleh Timbalan Menteri Luar untuk Hal Ehwal Asia Ayman Kamel manakala delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri M Shahrul Ikram Yaakob. - Bernama