Bila nama rakyat jadi bahan taruhan

Iklan
Setiap kali mahu mengambil dan membuat sesuatu, pemimpin-pemimpin politik ini mesti meletakkan ‘kepentingan' rakyat mendahului segala-galanya. (Gambar hiasan) - Foto Bernama

"SEMUA kerana rakyat. Demi rakyat, dari rakyat untuk rakyat.” Itulah antara ayat-ayat klise yang sering digunakan para petaruh politik di negara ini. Tak kira parti kerajaan mahupun pembangkang, nama rakyat dijaja untuk survival politik masing-masing.

Segala janji yang ditabur kononnya untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat, tetapi akhirnya kebanyakan janji hanya tinggal janji dan rakyat terus menerus digula-gulakan dengan kata-kata manis.

Iklan
Iklan

Senario ini lebih ketara apabila tiba musim pilihan raya. Tak kira pilihan raya kecil, mahupun pilihan raya umum, nama rakyat semakin galak dijaja dalam kempen-kempen politik. Buat itu demi rakyat, buat ini untuk rakyat tetapi hakikatnya ia hanya modal politik untuk memancing undi.

Buat peraturan demi rakyat, lompat parti demi rakyat, tukar kerajaan pun sebab rakyat dan bubar kerajaan juga kerana rakyat. Hatta bila mereka buka mulut berbicara tentang agenda perpaduan juga dibuat mengikut acuan sendiri.

Iklan

Sebab itulah sebarang agenda perpaduan ummah atau rakyat semuanya gagal kerana sering kali keinginan politik mendahului matlamat sebenar.

Setiap kali mahu mengambil dan membuat sesuatu, pemimpin-pemimpin politik ini mesti meletakkan ‘kepentingan' rakyat mendahului segala-galanya.

Iklan

Bila orang politik bergaduh, bercakaran, berbalas tindakan, yang untung hanya orang-orang politik, sedangkan rakyat masih lagi duduk di takuk lama.

Tapi hakikatnya, sudah tiga kali negara bertukar kerajaan dan sudah dua tahun pandemik Covid-19 melanda negara, berapa ramaikah rakyat berjaya bangkit kepada kehidupan normal?

Alih-alih rakyat juga yang berterusan menjadi mangsa. Rakyat sudah muak dengan segala polemik mahupun gimik politik.

Jadi tunggulah masa dan ketikanya, rakyat sekali lagi akan menghukum para politikus yang hanya mementingkan diri sendiri. Tak kira anda daripada parti kerajaan mahupun pembangkang, siapa yang tak betul, gagal dan tidak ikhlas pasti akan dihukum rakyat melalui kertas undi.

Jadi, jangan salahkan sesiapa jika tewas pada pilihan raya nanti, tapi tepuklah dada tanya diri sendiri.