NEW DELHI - Diplomat kanan India akan memboikot upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kerana acara itu 'dipolitikkan', menurut Kementerian Luar India pada Khamis.
"Kuasa usaha Kedutaan India di Beijing tidak akan menghadiri majlis perasmian dan penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing," kata jurucakap Kementerian Luar, Arindam Bagchi dalam satu taklimat media.