JEDDAH - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyambut baik laporan oleh Amnesty International yang berpangkalan di London baru-baru ini, yang mengesahkan bahawa dasar apartheid rejim Israel terhadap penduduk Palestin adalah rejim kejam yang menunjukkan dominasi dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), OIC menegaskan bahawa laporan itu merupakan dokumen undang-undang antarabangsa yang mengesahkan pencabulan yang dilakukan Israel, jenayahnya dan dasar perkauman terhadap rakyat Palestin.