Menteri arah jabatan agama pantau Gerakan Akhir Zaman

Iklan
Idris ketika ditemui pemberita selepas pelancaran Bulan Solat Kebangsaan di sini pada Jumaat.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad telah mengarahkan jabatan agama Islam negeri memantau penyebaran ajaran Gerakan Akhir Zaman (Gaza).

Menurutnya, sekiranya terdapat aduan membabitkan penyebaran ajaran sesat itu melalui platform media sosial, pihak akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKKM) untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

"Kalau benda itu berlaku di mana-mana negeri, Jakim akan hubungi negeri berkenaan untuk mengambil tindakan," katanya selepas melancarkan Bulan Solat Kebangsaan, dekat sini pada Jumaat.

Beliau mengenai pendedahan akhbar ini berkenaan kumpulan yang mengajak orang ramai untuk mempercayai mimpi seorang lelaki dari Pakistan mengenai akhir zaman telah mula bertapak di negara ini.

Iklan

Kumpulan itu yang itu berasal dari Indonesia dikatakan sedang membuat persiapan untuk akhir zaman berdasarkan mimpi Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam mimpinya.

Ia disebarkan di negara ini menerusi platform media sosial seperti WhatsApp dan saluran YouTube.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian kedua-dua saluran ini masih aktif menyebarkan ajaran tersebut meskipun pendedahan telah dibuat sejak seminggu yang lalu.

Dalam pada itu, Idris menyeru agar semua umat Islam di negara ini tidak terpedaya dengan dakyah sesat GAZA.

"Soal agama kena mengaji dengan guru bukan YouTube atau Google dan kena ada asas pengetahuan agama," katanya.

Menurutnya, asas pengetahuan boleh membantu mengelakkan individu terjerumus ke dalam ajaran sesat.

"Apabila kita ada asas dan mengaji dengan guru, benda (GAZA) itu tidak logik," katanya.