Mega Cashback: MR D.I.Y. kerjasama dengan 7 penyedia perkhidmatan kewangan

Iklan
Alex Goh

KUALA LUMPUR - Peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y menawarkan ‘Mega Cashback’ di semua cawangan MR. D.I.Y., Mr Toy, dan Mr Dollar bermula 15 Januari hingga 28 Februari ini.

Ketua Pemasaran MR. D.I.Y. Group, Alex Goh berkata, peruncit itu telah bekerjasama dengan tiga buah bank dan empat platform e-dompet.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerjasama itu melibatkan HSBC, Public Bank, MAE oleh Maybank, serta Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay dan Boost.

"Ini kali pertama kami bekerjasama dengan tujuh penyedia perkhidmatan kewangan dalam satu program,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Tambah Alex, musim perayaan merupakan masa yang tepat untuk memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk pulangan tunai dan diskaun.

"Mega Cashback dan komitmen ‘Always Low Prices’ dapat membantu rakyat Malaysia menikmati penjimatan berganda selain memberi peluang kepada pelanggan menambah stok barangan keperluan perlindungan diri pada harga diskaun,” katanya.

Iklan

Jelasnya, selain menepati janji ‘sentiasa harga rendah’, MR D.I.Y juga komited terhadap inisiatif ‘Price Lock: Harga Kami Tetap Sama’ di seluruh negara.

"Di bawah inisiatif ini, peruncit komited untuk tidak menaikkan harga kesemua produk di bawah tiga jenamanya iaitu MR. D.I.Y., Mr Toy dan Mr Dollar sehingga 31 Mac 2022," katanya.

Maklumat lanjut ‘Mega Cashback’ boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari www.mrdiy.com, platform e-dagang, www.mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram.

Info:

15 Januari - 28 Februari 2022

HSBC (MR D.I.Y.) - Pulangan tunai RM10.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50.

Public Bank (MR. D.I.Y./Mr. Dollar / Mr. Toy) - Pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50*.

17 Januari - 28 Februari 2022

GrabPay (MR D.I.Y.) - Dalam kedai: Dapatkan diskaun 30 peratus (sehingga RM10) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM33.

18 Januari - 27 Februari 2022

MAE oleh Maybank (MR D.I.Y. / Mr Dollar / Mr Toy) - Imbas dan bayar untuk mendapatkan pulangan tunai harian sehingga RM88 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30*

1 Februari - 28 Februari 2022

Touch n’Go e-wallet (MR D.I.Y. / Mr Dollar / Mr Toy) - Pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM40*

Boost - Pulangan tunai RM5 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 dan menangi RM100 Boost MR D.I.Y. wallet