Lelaki meninggal dunia ketika beriadah di bukit

Iklan
Mangsa berjaya dibawa keluar dari Bukit Wawasan pada jam 2.48 petang oleh anggota dari Balai Bomba Puchong. - Foto Bomba

PUCHONG - Seorang lelaki meninggal dunia selepas dilaporkan pengsan ketika beriadah bersama dua rakannya di Bukit Wawasan, Jalan Wawasan di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Puchong ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 pagi.

Iklan
Iklan

"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, berat badan dianggarkan 130 kilogram (kg) berjaya dibawa turun ke pusat kawalan bencana (PKB) pada jam 2.48 petang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di PKB," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.