Nadal mahu raih lebih banyak status Grand Slam

Iklan
Rafael Nadal -Foto: AFP

JUARA Terbuka Australia, Rafael Nadal berazam menamatkan kariernya dengan meraih lebih banyak gelaran Grand Slam berbanding pesaing Roger Federer dan Novak Djokovic.

Namun bintang tenis berusia 35 tahun itu menegaskan dia perlu memperoleh lebih daripada 21 gelaran untuk melakukannya meninggalkan jauh dua seterunya tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya tidak tahu berapa jumlah Grand Slam yang akan saya miliki pada penghujung karier. Namun saya memasang keazaman mahu menjadi pemain yang paling banyak meraih kejuaraan itu daripada kami bertiga.

"Sejujurnya saya suka untuk ke arah itu, namun tidak obses, sama sekali tidak. Apa sahaja yang datang dialu-alukan dan saya rasa 21 tidak cukup sebenarnya. Tetapi anda tidak pernah tahu apa yang akan berlaku pada masa depan," kata Nadal di akademinya di Mallorca.

Iklan

Untuk rekod, Nadal yang kini berstatus nombor lima dunia bangkit untuk menewaskan pemain nombor dua dunia dari Rusia, Daniil Medvedev pada perlawanan akhir di Melbourne Park untuk mendahului Federer dan Djokovic dan meraih rekod kejuaraan major ke-21 lelaki.

Djokovic yang berstatus nombor satu dunia tidak beraksi di Terbuka Australia selepas diusir dari negara itu kerana status vaksinasi Covid-19, manakala Federer terpaksa menyisihkan diri dari kejuaraan Grand Slam pertama tersebut kerana masih bergelut pulih daripada pembedahan lutut ketiga tahun lalu.

Iklan

Sementara itu, Nadal, yang terlepas sejumlah kejuaraan musim lalu akibat kecederaan kaki, berkata, dia masih merasai kesakitan apabila bermain, namun permainannya berada pada tahap yang lebih baik sekarang.

"Kemenangan ini telah memberikan saya keyakinan untuk bergerak ke depan.

"Saya kini merasakan diri berada pada tahap kemuncak tertinggi sekali lagi dalam karier, sesuatu yang sangat sukar untuk dibayangkan beberapa minggu lalu,” kata pemain Sepanyol itu.