Sindiket judi online tumpas, lima warga Bangladesh ditahan

Iklan
Habibi (tiga kanan) turut hadir dalam serbuan di sebuah kondominum di Jalan Klang Lama di sini pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Taktik sindiket judi online yang berselindung di sebalik kondominium sekitar Jalan Klang Lama di sini terbongkar selepas diserbu polis pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai lima lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an dipercayai operator sindiket ditahan.

Iklan
Iklan

"Sindiket itu dipercayai mempromosi judi online untuk pasaran Bangladesh di premis yang disewa pada harga RM1,700 sebulan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Jumaat.

Habibi berkata, setiap pekerja menerima upah sebanyak RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

Iklan

"Sindiket ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dan mampu meraih keuntungan kira-kira RM10,000 sehari," katanya.

"kita turut merampas telefon bimbit pelbagai jenama dan komputer riba untuk kegunaan perjudian,” katanya.

Iklan

Habibi memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Dalam perkembangan berasingan, Habibi berkata, seramai 306 individu ditangkap dalam Op Dadu sejak 1 Januari sehingga 3 Februari lalu.

"Daripada tangkapan itu, 156 orang telah didakwa di mahkamah, selebihnya masih dalam siasatan," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas 947 pelbagai rampasan komputer, ko dan telefon bimbit serta wang tunai di rampas RM27,288.