Gaduh: Dua peniaga diarah beri penjelasan

Iklan
Video pergaduhan di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama tular di laman sosial sejak Rabu.

GEORGETOWN - Peniaga yang terlibat dalam pergaduhan di Kompleks Medan Renong, Padang Kota Lama baru-baru ini diarahkan untuk memberi surat tunjuk sebab berhubung kejadian.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan berkata, dua peniaga terlibat diberi tujuh hari untuk mengemukakan penjelasan selepas notis dikeluarkan kepada mereka pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

"Insiden sebegini tidak seharusnya berlaku dan MBPP selaku pemilik premis berkenaan memandang serius dengan apa yang berlaku.

"Siasatan dalaman dan tindakan susulan telah diambil oleh MBPP," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Insiden pergaduhan di Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama yang melibatkan dua kumpulan kerana dipercayai berebut pelanggan.

Menurutnya, dua daripada lelaki yang terlibat adalah adik kepada pengadu manakala tiga lagi adalah sepupu mereka.

Iklan

Jelasnya, semasa pergaduhan berlaku kedua-dua pihak menggunakan kerusi dan kayu sebagai senjata.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati punca pergaduhan kerana berebut pelanggan dan terdapat dendam lama antara kedua belah pihak," katanya.