Mesir pasukan pilihan juarai AFCON 2022

Iklan
Mesir menjadi pasukan pilihan menjuarai AFCON 2022. - Foto Getty Images

BIARPUN tanpa kehadiran pengendali, Carlos Queiroz pada aksi final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022, penolong jurulatih Mesir, Diaa El-Sayed tetap menyifatkan skuad The Pharaohs itu sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara.

Menurutnya, kenyataan itu telah pun dibuktikan menerusi kemampuan skuad kendaliannya yang menjadi satu-satunya pasukan mengharungi tiga perlawanan selama 120 minit pada AFCON kali ini bermula daripada aksi kalah mati, suku akhir dan separuh akhir.

Iklan
Iklan

"Kami menjadi satu-satunya pasukan yang beraksi untuk 120 minit pada tiga perlawanan berturut-turut dan kini kami berada di final.

"Sayangnya, jurulatih kami, Carlos Queiroz tidak akan bersama-sama kami pada aksi final ini, tetapi kami akan tetap memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan kali ini.

Iklan

"Pada peringkat ini, kami tidak mahu lagi mengulas mengenai pengadil walaupun kami merasakan tindakan yang dikenakan ke atas Queiroz sebagai tidak munasabah dan kami percaya pemain akan membuktikannya menerusi aksi di padang pada final nanti,” katanya.

Untuk rekod, Mesir mara ke final AFCON 2022 setelah menewaskan tuan rumah, Cameroon 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir, selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan setelah tamat masa tambahan.

Iklan

Bagaimanapun, tindakan Queiroz bertelagah dengan pengadil perlawanan, menyaksikan pengendali berusia 68 tahun itu diperintahkan meninggalkan padang dan tidak berpeluang untuk berada di tepi padang pada aksi final pada Isnin.

Sementara itu, Queiroz turut mempersoalkan tindakan yang dikenakan terhadapnya dan menyifatkan ia sebagai tidak wajar.

Malah, Queiroz turut mempertikaikan mengenai pemilihan pengadil berkenaan yang disifatkan tidak seharusnya diberikan tanggungjawab untuk mengadili perlawanan di peringkat AFCON.

"Bagaimana pengadil seperti ini boleh berada di AFCON? Lagipun, mereka seperti tidak menghormati kami kerana sebelum ini kami juga pernah diminta untuk meneruskan aksi di atas permukaan padang yang tidak sesuai,” katanya.