Trafik ke ibu kota mulai perlahan dari Pulau Pinang ke Perak

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Aliran trafik menuju ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai sesak pada pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, setakat jam 11.20 pagi ini kesesakan dilaporkan berlaku di laluan ke arah selatan di Hentian Juru menuju ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang dan laluan mendaki di Bukit Berapit di Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.

Iklan
Iklan

"Kesesakan turut dilaporkan di Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai, trafik bagaimanapun berjalan lancar dari arah selatan menuju ke ibu kota dan dari pantai timur ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, kesesakan dijangka berlarutan sehingga lewat petang dan menasihati pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya.

Iklan

"Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG) dan Frekuensi Radio (RFID) mencukupi untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol,” katanya. - Bernama

Iklan