Penyertaan Pejuang dalam PRN Johor satu amanah

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Penglibatan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap ahli parti itu.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu surat kepada ahli parti itu turut melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat bersama dalam menghadapi PRN Johor berikutan masih perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Iklan
Iklan

"Saya juga berdoa agar perjuangan kita akan sentiasa dirahmati dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Teruskan perjuangan dan jangan sesekali kita mundur tidak kira apa rintangan dan cabaran yang mendatang.

"Saya yakin saudara-saudari akan sentiasa teguh memegang amanah dan tanggungjawab ini,” katanya dalam surat yang dimuat naik di laman Twitter rasminya pada Sabtu.

Iklan

Bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun tidak dapat bersama pada pilihan raya negeri itu, semangat dan jiwa beliau mengiringi ahli-ahli parti dalam setiap langkah yang diambil.

"Bagi saya perjuangan untuk negara tidak pernah ada noktah seperti juga melaksanakan ibadah yang perlu.

Iklan

"Perjuangan juga bagi saya satu ibadah malahan satu amanah yang perlu kita pikul selagi hayat dikandung badan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut memaklumkan bahawa beliau kini beransur pulih dan turut mengucapkan terima kasih kepada ahli parti serta seluruh rakyat di negara ini yang mendoakan kesihatannya.

"Walaupun saya masih perlu berada di hospital untuk beberapa waktu lagi, Alhamdulillah saya telah beransur sihat berkat doa semua.

"Insya-ALLAH saya akan kembali pulih seperti sediakala dan kita akan bertemu dan bersama-sama meneruskan perjuangan,” ujarnya.