Peraturan pasang khemah jika ada penyewa kekal

Iklan
Khemah sewa yang dipasang di Pantai Teluk Kemang.

PORT DICKSON - Pengusaha khemah sewa di pantai peranginan di sini, hanya dibenarkan memasang khemah sekiranya ada penyewa masih kekal.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, peraturan itu ditetapkan kerajaan negeri dan MPPD pada Jun 2020 selepas terdapat aduan pengunjung yang terganggu dengan pengusaha khemah.

Iklan
Iklan

"Sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina dan musim cuti sekolah ini berlaku peningkatan kehadiran pengunjung, terutama di Pantai Teluk Kemang.

"Kita telah tempatkan anggota penguat kuasa MPPD di pantai itu untuk memantau keadaan ini sejak November lalu dan saya jangkakan keadaan akan kembali biasa selepas cuti berakhir," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Iklan

Dalam perkembangan sama, Mohd Zamri menjelaskan, beberapa cadangan sedang diperhalusi selepas melawat pantai yang menyediakan perkhidmatan khemah.

"Kita akan fikirkan jalan penyelesaian terbaik kepada pengusaha dan juga pengunjung.

Iklan

"Saya difahamkan keadaan di pantai Teluk Kemang terkawal dan masing-masing didapati mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial Facebook apabila terdapat dakwaan segelintir pengunjung di pantai Teluk Kemang rimas apabila kawasan pantai popular itu dipenuhi khemah peniaga untuk disewakan.

Bagaiman pun, terdapat pengunjung lain mendakwa lebih selesa menyewa khemah dan meja untuk bersantai di laut berbanding memasang tikar sendiri.

Selain itu, ada yang mencadangkan kepada pengunjung sekiranya tidak mahu sewa khemah boleh beriadah di pantai lain di daerah ini seperti Pantai Purnama, Batu 4, Bagan Pinang, Pantai Cahaya, Tanjung Tuan atau PD Water Front.

Pengunjung ingin bermandi-manda dan dalam masa sama terdapat peniaga yang ingin mencari rezekinya.