Sisa pesawat Pan Am meletup 30 tahun lalu ditemui?

Iklan
Sisa pesawat Pan Am yang meletup di Lockerbie 30 tahun lalu tular di media sosial.

TATTERSHALL - ENGLAND. Beberapa keping gambar menunjukkan sisa bangkai pesawat Pan Am yang meletup di Lockerbie 30 tahun lalu tular sekali gus menggamit memori duka.

Letupan angkara serangan pengganas itu mengorbankan 250 penumpang dan anak kapal termasuk lebih 11 penduduk terbunuh pada 21 Disember 1988.

Iklan
Iklan

Pesawat dari Frankfurt ke Detroit itu melalui New York dan London selepas 30 minit berlepas dari Heathrow.

Antara yang maut dalam pengeboman itu ialah 35 pelajar Universiti Syracuse Amerika yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Krismas.

Iklan

Ketika kejadian, lebih 1,000 anggota polis dan 500 askar bergegas ke lokasi namun tiada yang terselamat.

Pada 28 Disember, kumpulan penyiasat mengumumkan telah menemui bahan letupan dalam bangkai pesawat sekali gus mengesahkan kejadian itu adalah serangan dan bukannya kemalangan.

Iklan

Pada 2001, pegawai perisikan Libya, Abdelbaset al-Megrahi didapati bersalah kerana terlibat dalam serangan berkenaan lalu dijatuhi hukuman penjara 27 tahun.

The Sun melaporkan, bahagian pesawat Pan Am jelas dikesan berhampiran hutan di Windley's Salvage di Tattershall, Lincolnshire namun sehingga kini perkara itu belum disahkan.