SPRM siasat dakwaan isu integriti pegawai kanan Mara

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

SPRM memaklumkan, pihaknya memandang serius berhubung dakwaan berkaitan perkara tersebut yang tular menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"SPRM telah menerima satu aduan berkaitan isu ini dan akan memulakan siasatan pada 7 Februari 2022 (Isnin) dengan mengambil keterangan beberapa saksi daripada Mara Corporation.

"Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 yang berkaitan dengan kesalahan mana-mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk mendapatkan suapan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, sepucuk surat berhubung permohonan untuk melakukan siasatan terhadap lima pegawai tinggi Mara tular di Twitter.

Pendedahan itu dilakukan oleh pemilik akaun @ES_EdisiKhas yang melampirkan enam helai surat tersebut berhubung integriti pegawai-pegawai Mara.

Iklan

Surat yang bertarikh 30 Januari itu dihantar oleh Pengerusi Eksekutif Mara Corporation, Datuk Suhaili Abdul Rahman kepada Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Dun.