Hanya tinggal 180cm lagi untuk capai Rayan

Iklan
Pasukan penyelamat melakukan penggalian secara berhati-hati bagi mengelak risiko runtuhan dalam lubang. - Agensi

BER BERRED - Pasukan penyelamat menyatakan empat meter sudah digali secara manual dan hanya tinggal 180 sentimeter (cm) sahaja lagi untuk mencapai Rayan.

Rayan budak lelaki berusia lima tahun terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter di Ighrane, wilayah Chefchaouen di Magribi.

Iklan
Iklan

Operasi menyelamat kanak-kanak itu dilancarkan sejak Selasa lalu namun terpaksa dilakukan secara berhati-hati susulan kebimbangan risiko runtuhan dalam lubang.

Penyelamat memberi amaran bahawa jarak dua meter terakhir dari kedudukan mangsa adalah paling kritikal. - Agensi

Iklan
Iklan