Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut bertembung kereta

Iklan
Keadaan kemalangan melibatkan sebuah motosikal kuasa tinggi dan sebuah kenderaan pacuan empat berhampiran jejambat Machang, pada petang Sabtu. -Foto PDRM

MACHANG – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di kilometer 40, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran jejambat Machang di sini, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kejadian berkenaan berlaku pada jam 1.30 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, motosikal berkuasa tinggi ditunggang mangsa dikenali sebagai Marc Ferdinand Joseph Lourdes, 40 itu dipercayai dari arah Kuala Krai menuju ke Kota Bharu.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal ditunggangnya dipercayai memasuki laluan kenderaan Hilux yang datang dari arah bertentangan sehingga menyebabkan berlaku perlanggaran secara depan. Penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Sinar Harian, pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemandu Hilux yang berumur 26 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.