Alonso selamatkan maruah Chelsea di Stamford Bridge

Iklan
Marcos Alonso - Foto AFP

MARCOS Alonso memastikan Chelsea mara ke pusingan kelima Piala FA apabila gol minit ke-106 menjinakkan kebangkitan kelab Liga Satu, Plymouth Argyle untuk kemenangan 2-1 di Stamford Bridge, pada Sabtu.

Tampil dengan status pasukan pilihan The Blues kendalian Thomas Tuchel bagaimanapun terlebih dulu ketinggalan seawal minit kelapan hasil jaringan Macaulay Gillesphey. sebelum tonggak pertahanan, Cesar Azpilicueta menyamakan kedudukan pada minit ke-41'.

Iklan
Iklan

Kelab London itu sebelum saingan, kehilangan pengendali Thomas Tuchel yang disahkan positif Covid-19 beberapa jam sebelum perlawanan dipaksa bermandi peluh The Pilgrims kendalian Steven Schumacher tersebut.

Sementara itu, West Ham United pimpinan David Moyes juga berdepan situasi sama ketika bertandang ke Stadium Aggborough sebelum melakar kemenangan 2-1 ke atas kelab Liga Kebangsaan Utara (Divisyen Enam), Kidderminster Harriers.

Iklan

Alex Penny terlebih dulu meletakkan Kiddy di depan pada minit ke-19 sebelum The Hammers bangkit penghujung babak kedua menerusi jaringan penyamaan minit ke-91 oleh Declan Rice seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Jarrod Bowen menjadi wira kelab London itu apabila meledak jaringan pada minit ke-120 untuk memastikan kemenangan 2-1 pelawat.

Iklan