Piala FA: Everton tenang lepasi ranjau Brentford

Iklan
Yerry Mina (kiri) antara pencetak gol Everton ketika berdepan Brentford dalam aksi Piala FA di Goodison Park, Liverpool, FOTO: AFP

PENGENDALI Everton, Frank Lampard memulakan karier kejurulatihan di Goodison Park langkah kanan apabila mengemudi kelab Merseyside itu mara ke pusingan kelima Piala FA setelah menewaskan pasukan Liga Perdana Inggeris, Brentford 4-1.

The Toffees terlebih dulu mendahului babak pertama menerusi Yerry Mina yang menanduk hasil sepakan sudut untuk meletakkan Everton di depan pada minit ke-31 selepas masuk sebagai pemain gantian kepada Ben Godfrey yang cedera.

Iklan
Iklan

Pemain antarabangsa Brazil, Richarlison menggandakan kelebihan tuan rumah tiga minit selepas separuh masa kedua sebelum Brentford kembali semula menghidupkan peluang hasil sepakan penalti penyerang Ivan Toney.

Everton terus unggul di depan apabila menghukum kelab barat London itu menerusi Mason Holgate untuk kelebihan dua gol Merseysiders.

Iklan

Andros Townsend kemudian melengkapkan penampilan sulung cemerlang Lampard di Everton apabila menjaringkan gol keempat untuk tuan rumah pada masa tambahan.

Piala FA

Iklan

Pusingan Keempat