Conte puji aksi cemerlang Kane

Iklan
Kane melakukan percubaan ke pintu gol Brighton pada aksi pusingna keempat Piala FA pada Ahad. - Foto The Telegraph

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte gembira dengan aksi mantap dipamerkan Harry Kane pada aksi pusingan keempat Piala FA pada Ahad sekali gus membantu skuad kendaliannya itu mara ke pusingan kelima.

Menurut Conte, komitmen diberikan Kane sepanjang perlawanan itu nyata mengagumkan dan mengharapkan komitmen berkenaan berterusan bagi memastikan skuad The Lilywhites itu mara lebih jauh selepas ini.

Iklan
Iklan

"Saya benar-benar kagum dengan aksi yang dipamerkan Kane. Jika sebelum ini, dia agak sukar untuk menjaringkan gol.

"Bagaimanapun, dia (Kane) mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan ini selain mempamerkan sifat kepimpinan tinggi ketika beraksi.

Iklan

"Secara keseluruhannya bagi saya, komitmen yang dipamerkan Kane ternyata memberikan impak besar kepada pasukan selain ditambah dengan sifat kepimpinannya yang tinggi sepanjang perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan Kane menjaringkan gol pada minit ke-13 dan minit 26 manakala satu lagi gol adalah hasil jaringan sendiri pemain Brighton, Solly March pada minit ke-24 sebelum Yves Bissouma menjaringkan gol tunggal skuad The Seagulls itu.

Iklan

Sementara itu, Conte mahu skuad kendaliannya itu kembali memberikan tumpuan kepada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Southampton pada Rabu.

Katanya, setelah cemerlang dalam saingan Piala FA, kesebelasan Spurs diharap terus cemerlang dalam saingan EPL pula.

"Aksi berdepan Southampton tidak kurang pentingnya buat kami. Oleh itu, kami perlu bersedia dengan sebaiknya.

"Lagi pun, saingan EPL kali ini ternyata cukup mencabar dan kami akan berusaha untuk berada pada kedudukan terbaik pada penghujung saingan,” jelasnya.