Ahmad Zahid ajak anak muda Johor turun mengundi

Iklan
Ahmad Zahid - Foto Bernama

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru anak muda khususnya Johor untuk keluar beramai-ramai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menurut beliau, mereka perlu mengambil peluang tersebut untuk melunaskan hak dan tanggungjawab dalam demokrasi.

Iklan
Iklan

"Ayuh anak muda Johor, keluar beramai-ramai dalam PRN nanti.

"Ambillah peluang ini melunaskan hak dan tanggungjawab dalam demokrasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berkata, kombinasi anak muda dan orang lama juga boleh menghasilkan sesuatu yang lebih menyeluruh dan hebat.

Ahmad Zahid berkata, beliau sendiri telah menyertai politik pada usia muda dan memahami aspirasi orang muda yang mahu didengari dan diwakili.

Iklan

"Orang muda ada idea baharu, segar dan bertenaga.

"Kombinasi muda dan lama boleh menghasilkan sesuatu yang lebih menyeluruh dan hebat.

"Yang lama berpencak, yang muda melonjak,” ujarnya.