KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi.
Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata, Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.