Oliveira kagum pencapaian hebat Cameroon

Iklan
Cameroon memenangi tempat ketiga AFCON 2022 - Foto Pacificwestairways.com

KEJAYAAN Cameroon menewaskan Burkina Faso menerusi sepakan penalti pada aksi penentuan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2022 di Stadium Ahmadou Ahidjo pada Ahad disifatkan sebagai pencapaian hebat skuad The Indomitable Lions.

Malah menurut pengendali Cameroon, Antonio Oliveira kejayaan skuad kendaliannya itu disifatkan sebagai kejayaan cukup membanggakan sekali gus mengubati kekecewaan gagal mara ke final pada edisi kali ini.

Iklan
Iklan

"Ia satu perlawanan yang hebat dan boleh saya katakana sebagai satu kebangkitan luar biasa.

"Kami ketinggalan tiga gol, tetapi pemain masih berjaya mempamerkan aksi mantap untuk bangkit mengikat kedudukan dan mengheret perlawanan ke masa tambahan dan seterusnya hingga ke penentuan sepakan penalti," ujarnya.

Iklan

Pada perlawanan berkenaan, Cameroon ketinggalan tiga gol apabila pemain Burkina Faso, Steeve Yago menjaringkan gol pada minit ke-24, gol sendiri oleh pemain Cameroon, Andre Onana (minit ke-43) dan Djibril Ouattara (minit ke-49).

Bagaimanapun Stephen Bahoken menjaringkan gol pembukaan buat Cameroon pada minit ke-71 sebelum kapten yang juga penjaring terbanyak AFCON setakat ini, Vincent Aboubakar menjaringkan gol pada minit ke-85 dan minit ke-87 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan seterusnya ke penentuan sepakan penalti.

Iklan

Sementara itu Oliveira turut berbangga dengan pencapaian kapten Cameroon, Aboubakar yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan lapan gol tidak termasuk satu gol dijaringkannya menerusi sepakan penalti ketika menewaskan Burkina Faso, pada Ahad.

"Situasi ini sekurang-kurangnya dapat mengubati kekecewaan kami gagal ke final kali ini.

"Pada saya, Aboubakar semakin hampir memenangi kasut emas kerana agak sukar untuk pemain-pemain lain mengejar kedudukan berkenaan,” katanya.