Nasib tidak memihak Sivasangari di Ohio

Iklan
Sivasangari kecundang di peringkat separuh akhir kejohanan Cincinnati Gaynor Cup 2022 di Ohio, Amerika Syarikat pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Aksi yang mendebarkan berakhir dengan kekecewaan buat pemain skuasy wanita negara S Sivasangari selepas kecundang di peringkat separuh akhir kejohanan Cincinnati Gaynor Cup 2022 di Ohio, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Kekalahan 2-3 Sivasangari di tangan wakil tuan rumah yang juga pilihan kelima kejohanan Olivia Fietcher itu meranapkan impiannya untuk melangkah ke pentas final.

Iklan
Iklan

Pada perlawanan yang berlangsung di Cincinnati Country Club, atlet berusia 23 tahun itu bermula dengan langkah kanan selepas mudah mencatat kemenangan11-4 di set pertama.

Tersentak dengan kekalahan itu, Fietcher bangkit menampilkan permainan lebih agresif di set kedua untuk meraih kemenangan 11-3, namun gagal meneruskan kecemerlangannya selepas set ketiga menjadi milik Sivasangari yang mencatat kemenangan 11-6.

Iklan

Sivasangari terlepas peluang menempah tempat ke final lebih awal apabila tewas 16-18 di set keempat sebelum terpaksa melupakan hasratnya itu selepas kecundang 9-11 di set penentuan.

Fietcher dijadual membuat perhitungan bertemu pemain ranking kedua dunia Nouran Gohar dari Mesir di pentas final pada Ahad.

Iklan

Terdahulu, Sivasangari mara ke peringkat separuh akhir selepas membenam cabaran Tinne Gilis dari Belgium pada aksi suku akhir Jumaat lepas. - Bernama