Orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti berkelah dan mandi-manda di Air Tejun Sungai Pandan sempena cuti hujung minggu hari ini.
Kawasan itu sememangnya menjadi tumpuan pengunjung terutama penduduk sekitar Kuantan pada cuti hujung minggu dan cuti umum yang lain kerana ia terletak hanya 25 kilometer dari pusat bandaraya Kuantan.
Bagaimanapun orang ramai diminta agar sentiasa patuh pada prosedur operasi standard bagi mengekang penularan Covid-19 di mana kes harian virus tersebut mencatatkan peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.