Tiga pemandu mabuk ditahan dalam operasi hujung minggu

Iklan
Antara pemandu yang ditahan memandu dalam keadaan mabuk dalam Op Mabuk dan Op Benteng di kawasan Port Dickson pada Sabtu dan Ahad.

SEREMBAN - Tiga lelaki ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk dan Op Benteng di kawasan Port Dickson pada Sabtu dan Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, kesemua individu berkenaan berusia antara 25 hingga 38 tahun.

Iklan
Iklan

"Mereka ditahan dalam operasi berasingan di Stesen Minyak Shell Batu 6, Jalan Pantai dan Sekatan Jalan Raya Op Benteng di Jalan Sepang-Lukut,

"Kesemua mereka ditahan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan

Menurutnya, mereka ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu katanya, seorang lelaki berusia 20-an telah ditahan oleh Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Sembilan kerana melakukan aksi 'willy' di Jalan Persiaran 1, Senawang di sini.

Iklan

"Lelaki terbabit didapati melakukan aksi 'willy' dengan gaya mengangkat tayar hadapan bermula di hadapan Giant Senawang menghala ke Taman Matahari Height.

"Dia telah dibawa ke IPD Seremban untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.