KKM nafi keluarkan saranan kesihatan PRN Johor

Iklan
Tangkap layar Facebook rasmi milik KKM pada Ahad

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung saranan kesihatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tular di media sosial baru-baru ini.

Saranan tersebut mengingatkan warga emas supaya tidak keluar mengundi pada PRN Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

KKM dalam siaran di Facebook rasminya itu berkata, orang ramai diharapkan supaya tidak menyebarkan maklumat palsu tersebut.

"KKM tidak pernah mengeluarkan saranan kesihatan PRN Johor seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Orang ramai diharap tidak menyebarkan maklumat palsu ini,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.