Polis Australia serbu kediaman kakak Tarrant

Iklan
Tujuan serbuan adalah mendapatkan material bagi membantu siasatan polis New Zealand.

NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Polis anti keganasan Australia dilapor menyerbu dua kediaman di New South Wales yang mempunyai kaitan dengan pengganas yang melepaskan tembakan rambang di masjid Christchurch.

Kediaman kakak Brenton Tarrant di Sandy Beach, berhampiran Coffs Harbour, dikatakan telah diserbu sekitar jam 8.30 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Iklan
Iklan

Anggota polis anti keganasan kemudian menyerbu rumah kedua di Lawrence, berhampiran Maclean, utara Coffs Harbour.

"Tujuan utama serbuan adalah mendapatkan material yang boleh membantu siasatan pasukan polis New Zealand," kata Polis Persekutuan Australia dan Polis New South Wales dalam satu kenyataan bersama.

Iklan

Dalam pada itu, pihak polis turut menegaskan kepada media tempatan bahawa keluarga Tarrant masih memberi kerjasama dalam membantu siasatan.

Terdahulu, pihak polis dikatakan memindahkan ibu serta kakak Tarrant ke sebuah lokasi selamat.

Iklan

Dalam pada itu, ramai ahli keluarga Tarrant melahirkan kekesalan atas jenayah keganasan yang telah meragut 50 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.-nzherald