PEMENANG tujuh kali, Liverpool membuktikan tanpa kelibat dua penggempur berbisa, Mohamed Salah dan Sadio Mane masih mampu menyengat apabila menewaskan kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City 3-1 dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA di Stadium Anfield.
Bagaimanapun anak buah Jurgen Klopp terpaksa menunggu babak kedua sebelum dapat merobek bentang pertahanan The Bluebirds kendalian Steve Morison menerusi tandukan minit ke-53' Diogo Jota hasil sepakan percuma Trent Alexander-Arnold.
Iklan
Iklan
The Reds terus melebarkan jaringan kali ini menerusi Takumi Minamino apabila meledak gol kedua pada minit ke-68, hasil bantuan gol daripada Jota.
Pemain gantian Harvey Elliott yang baru pulih kecederaan kembali memberi impak positif pada minit ke-76, apabila menyudahkan hantaran Andrew Robertson untuk gol ketiga Liverpool.
The Bluebirds yang tidak mengalah berjaya mengurangkan defisit gol hasil jaringan minit ke-80, Rubin Colwill.
Kemenangan itu menyaksikan The Reds bakal menentang Norwich City pada pusingan kelima.
Artikel Berkaitan