Bersatu tidak akan tarik sokongan terhadap Ismail Sabri

Iklan
Razali Idris

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan kekal pendirian menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sehingga tamat tempoh seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Senator Datuk Razali Idris berkata, parti itu tidak akan goyah dengan serangan yang mendesak supaya Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik sokongan terhadap kerajaan sekarang.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya bukan sahaja Bersatu malah Perikatan Nasional (PN) sedia pertahankan kerajaan Ismail Sabri sehingga ke penghujung seperti mana dalam perjanjian kecuali perjanjian itu dilanggar.

"Sepatutnya, mereka tidak perlu mendesak Muhyiddin untuk tarik sokongan, mereka sendiri boleh buat. UMNO boleh tarik sokongan apa?

Iklan

"UMNO ada berapa kerusi? Kalau mereka rasa betul-betul tidak bersetuju dengan kerajaan pimpinan Ismail Sabri, mereka tidak perlu memulang paku buah keras kepada orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi kenyataan di Facebooknya berkata Bersatu beberapa kali mengugut mahu menarik sokongan kepada kerajaan.

Iklan

"Depa ini tak henti-henti ugut. Hari itu, presiden-presiden parti. Hari ini, giliran penulis manifesto bukan kitab suci. Butangkan ada?” kata Najib.

Mengulas lanjut, Razali berkata, Najib yang juga sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) boleh sahaja membuat pakatan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan sedia ada dan tidak perlu mendesak Bersatu.

"Walaupun didesak atau diugut, ia (tarik sokongan kerajaan) tidak akan berlaku.

"Saya boleh cabar Najib, dia tidak payah minta orang lain, sindir dan sebagainya. Dia sendiri boleh tarik sokongan kerana tidak suka dengan Muhyiddin, tidak boleh berkompromi dengan PN dan tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan,” ujarnya.