Nottingham Forest tunjuk Leicester City jalan keluar

Iklan
Spence meledak gol Nottingham Forest dalam aksi Piala FA.

HARAPAN Leicester City untuk mengekalkan kejuaraan Piala FA berakhir dengan kekecewaan apabila diaibkan seteru Midlands, Nottingham Forest 4-1 pada pusingan keempat di City Ground.

Perlawanan pertama kedua-dua kelab sejak lapan tahun lalu, Forest menjaringkan gol tiga kali dalam 10 minit separuh masa pertama bermula dengan Philip Zinckernagel (23'), Brennan Johnson (24') diikuti Joe Worrall (32') yang menghukum kelemahan pertahanan Leicester.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun para penyokong kelab Divisyen Dua itu didiamkan seketika apabila Kelechi Iheanacho menghidupkan kembali permainan untuk The Foxes yang tampil ke City Ground atas kapasiti juara selepas menewaskan Chelsea 1-0 musim lalu.

Biarpun begitu Forest terus mendominasi pasukan atasan selepas rehat untuk gol ketiga apabila Djed Spence meledak gol pada minit ke-68.

Iklan
Iklan

Untuk rekod, Forest yang sebelum ini menewaskan Arsenal, merupakan kelab paling berjaya dalam Piala FA, akan mengintai tempat suku akhir selepas diundi untuk menentang musuh Liga, Kejuaraan, Huddersfield Town dalam pusingan lima.