SHAH ALAM - Facebook mengumumkan dalam tempoh 24 jam pihaknya menyekat 1.5 juta video serangan di Christchurch, New Zealand yang berlegar di seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, sebanyak 1.2 juta video telah di muat naik dapat disekat sekali gus tidak boleh dilayari oleh pengguna media sosial itu.
Iklan
Iklan
Sehingga kini, syarikat itu mengesahkan masih berbaki 300,000 video yang belum disekat.
Selasa lalu, Faceobok mengambil langkah menyekat video insiden serangan berdurasi 17 minit yang dirakam secara 'live' oleh pengganas kulit putih di salah sebuah masjid di Chrischurch.
Tindakan penyekatan itu dibuat susulan akur dengan arahan pihak polis bagi faktor keselamatan - CNN