Motosikal guru lesap selepas Subuh di masjid

Iklan
Anak mangsa yang menggunakan akaun Qayyum Amishah memuat turun gambar motosikal yang hilang di Facebook.

MARANG - Seorang guru terkedu apabila mendapati motosikal diletakkan di kawasan Masjid Padang Limau Nipis di sini, hari ini hilang selepas solat Subuh berjemaah, hari ini.

Mangsa, Rabu Tahir, 56, berkata, dia sampai di masjid berkenaan kira kira jam 6.00 pagi untuk solat dan kemudian mengikuti kuliah Subuh di masjid berkenaan.

Iklan
Iklan

"Selepas kuliah subuh selesai dan sebaik sahaja keluar masjid kira-kira 40 minit kemudian, saya tengok motosikal dah tak ada. Nak tanya orang pun ramai yang dah balik.

"Saya cuba cari di kawasan berhampiran tapi tak jumpa sebab itu saya syak ia dicuri,” katanya ketika dihubungi selepas anaknya memuat turun gambar motosikal yang hilang itu di Facebook.

Iklan

Bapa empat anak itu berkata, sebelum ini dua buah motosikal milik ahli keluarganya pernah hilang namun kedua-duanya berjaya ditemui semula.

"Dahulu pernah berlaku tapi kali ini motosikal sendiri jenis Honda EX5 bernombor TAR 2746 pula hilang di Masjid Padang Limau Nipis. Lepas tu saya buat laporan di Balai Polis Bukit Payong,” katanya.

Iklan