KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan berkembang 3.0 peratus tahun ke tahun bagi suku keempat 2021 berbanding penguncupan 4.5 peratus pada suku sebelumnya, menurut Moody's Analytics.
Firma tersebut turut menjangkakan kekukuhan eksport yang berterusan dan peningkatan semula penggunaan swasta menyokong prestasi ekonomi suku akhir Malaysia.